top of page

PKPB: RENTAS DAERAH TIDAK DIBENARKAN KECUALI KES KECEMASAN

nabalunews


Gambar Hiasan

23 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pergerakan merentas daerah tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan seperti kematian atau bencana alam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pergerakan merentas daerah bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi adalah dibenarkan dengan syarat menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.



"Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dibenarkan bergerak merentas daerah dengan pemakaian pelitup muka dan bilangan orang yang dibenarkan dalam kenderaan bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, perkhidmatan pengangkutan awam merentas daerah seperti bas ekspres juga masih tidak dibenarkan beroperasi.


Bagaimanapun katanya, perkhidmatan pengangkutan awam dalam daerah yang sama adalah dibenarkan dari jam 5.00 pagi hingga 12.00 malam dengan pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan tersebut serta pemakaian pelitup muka.


Beliau berkata, perkhidmatan bas henti-henti dan bas sekolah dalam daerah dengan kapasiti 50 peratus penumpang; perkhidmatan teksi atau e-hailing dalam daerah (maksimum hanya dua penumpang) dibenarkan.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page