top of page

PKPD di dua lokaliti di Kota Kinabalu bermula 4 September ini

  • Writer: Jacquline Ebit
    Jacquline Ebit
  • Sep 2, 2021
  • 1 min read

Gambar hiasan

2 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti di Kota Kinabalu bermula 4 September hingga 17 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah  Taman Keramat  dan Angkasa Apartment.


"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 103 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (26 lokaliti), Kota Kinabalu (13 lokaliti), dan Penampang (lapan lokaliti).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page