top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD: EWON HULUR SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK KG. MELANGKAP TOMIS



18 April 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada penduduk Kg.Melangkap Tomis yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ewon berharap sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan penduduk kampung yang terbabit dalam PKPD. “Kita amat bersimpati dengan penduduk kampung yang terlibat dalam PKPD dan berharap sumbangan ini dapat meringankan bebanan mereka yang menghadapi kesukaran keluar membeli barangan keperluan dapur.

“Beberapa barangan lain akan dihantar ke Pusat Khidmat Adun Kadamaian sebelum diagihkan kepada para penduduk mengikut rumah oleh urusetia atau sukarelawan pusat khidmat diketuai oleh Anichlose,” katanya. Kampung Melangkap Tomis mempunyai lebih kurang 500 penduduk dengan 125 buah keluarga dan 88 buah rumah. PKPD di Kampung Melangkap Tomis, dilaksanakan pada 14 April lalu dan dijadualkan berakhir pada 27 April ini.

Pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk bagi memastikan tiada jangkitan dalam komuniti luar. Sehingga 13 April lalu, KKM telah melaksanakan sebanyak 31 ujian saringan di lokaliti ini, dan daripada jumlah itu empat orang daripadanya didapati positif COVID-19.

Comments


bottom of page