Wartawan Nabalu News
PKPD KG PONDO, PULAU GAYA PADA 30 JUN - 13 JULAI
28 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Pondo, Pulau Gaya bermula 30 Jun sehingga 13 Julai ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes Covid-19 di Kampung Pondo, Pulau Gaya.
“Sehingga kini, sebanyak sembilan kes positif Covid-19 telah direkodkan dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Pondo, Pulau Gaya, berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Comments