top of page

PKPD SMU PANTAI MANIS, PAPAR BERMULA 7 MEI

  • Wartawan Nabalu News
  • May 5, 2021
  • 1 min read


5 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis Papar bermula 7 Mei ihi sehinga 20 Mei.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.


Beliau berkata, KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 di SMU Pantai Manis Papar.


“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 441 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 16 orang didapati positif Covid-19.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan PKPD di SMU Pantai Manis, Papar,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page