PKR dan UPKO Bengkoka bentuk jawatankuasa permuafakatan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKR dan UPKO Bengkoka bentuk jawatankuasa permuafakatan



23 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUDAT: Dua parti komponen Pakatan Harapan (PH), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Bengkoka, membentuk jawatankuasa permuafakatan bagi menyelaras program PH kawasan itu.


Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing dan Timbalan Pengerusi oleh Samad Said dari PKR dan turut dianggotai oleh Bendahari MPN Stefly Said.


Pembentukan jawatankuasa ini adalah hasil daripada mesyuarat yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kedua-dua parti berkenaan bertujuan mengukuhkan sokongan akar umbi penyokong PH Bengkoka dan mempersatukan penyokong kedua-dua parti untuk sama-sama berkerjasama menghadapi pilihan raya nanti.


Jawatankuasa permuafakatan ini diharap dapat meningkatkan daya saing PH di kawasan N2 Bengkoka.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page