top of page

PMX Singgah Bazar Ramadan UA, Santuni Peniaga dan Pengunjung

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

15 Mac 2026


SEPANGGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat singgah ke Bazar Ramadan UA, Jalan Sulaman, di sini, petang tadi, untuk menyantuni para peniaga serta pengunjung.


Kehadiran beliau yang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor disambut mesra oleh peniaga dan orang ramai yang hadir mengunjungi bazar berkenaan untuk membeli juadah berbuka puasa


Anwar dalam kenyataannya di laman sosial facebook berkata, suasana di bazar itu dilihat meriah dengan pelbagai pilihan juadah tempatan.

Katanya, selain mengambil kesempatan bertanya khabar, beliau turut membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa.


“Saya sendiri turut membeli beberapa juadah untuk berbuka, sambil mengambil kesempatan bertanya khabar dan mendengar sendiri pandangan para peniaga serta pengunjung mengenai persiapan Ramadan tahun ini.

“Mudah-mudahan Ramadan ini terus menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyemai keprihatinan serta menghidupkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page