POIC Sabah – China teroka kerjasama strategik pelaburan, pembangunan mampan
- nabalunews
- 24 minutes ago
- 1 min read

20 Mac 2026
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa apabila Kumpulan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah meneroka peluang kerjasama strategik dengan China, khususnya dalam bidang pelaburan, industri dan pembangunan ekonomi mampan.
Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat beliau bersama delegasi POIC Sabah ke Konsulat Jeneral Republik Rakyat China, di sini pada Khamis.
“Pertemuan ini memberi ruang untuk kami memperkenalkan kepimpinan utama POIC di samping berkongsi perkembangan terkini serta potensi besar yang sedang dibangunkan di POIC Sabah.

“Sesi ini turut membuka peluang untuk meneroka kerjasama strategik antara Sabah dan China, sekali gus memperluas potensi pelaburan serta memperkukuh pembangunan industri di negeri ini,” katanya.
Kunjungan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama sejak pelantikannya sebagai Pengerusi POIC dengan Konsul Jeneral China, Dr Zhu Xinglong.
Madius berkata, hubungan yang diperkukuh antara kedua-dua pihak diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sabah serta memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa demi manfaat bersama.















Comments