top of page

POIC Sabah serah RM4.17 juta kepada Kerajaan Negeri

  • nabalunews
  • 1m
  • 1 min read

ree

7 Januari 2026


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, bersama delegasi Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor, sebelum Mesyuarat Kabinet Negeri, hari ini.


Dalam pertemuan itu, beberapa perkara dibincangkan termasuk susulan lawatan kerja Ewon ke POIC Lahad Datu kelmarin, khususnya berkaitan pembangunan dan pengembangan taman-taman perindustrian di Sabah yang diletakkan di bawah portfolio Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET).


Ewon menzahirkan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan besar Ketua Menteri terhadap agenda pembangunan industri negeri, yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan.

ree

Pada pertemuan sama, POIC Sabah Sdn Bhd turut menyampaikan pembayaran semula pinjaman kepada Kerajaan Negeri.


Ketua Menteri menyaksikan penyerahan simbolik replika cek bernilai RM4.17 juta daripada POIC Sabah Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu, dekat sini.


Jumlah tersebut merangkumi sumbangan RM2 juta kepada Kerajaan Negeri serta bayaran balik pinjaman Persekutuan berjumlah RM2.17 juta bagi tahun 2025.

ree

Replika cek berkenaan diserahkan oleh Pengerusi baharu POIC Sabah Sdn Bhd, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kewangan, Chee Shok Ting.


Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Thomas Logijin; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC Sabah, Datuk Fredian Gan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page