top of page

Pokok tumbang, pemandu van cedera

  • nabalunews
  • Nov 28, 2024
  • 1 min read

28 November 2024


KOTA KINABALU: Seorang pemandu van cedera setelah kenderaan dipandunya ditimpa pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tuaran Menghala ke Kota Kinabalu, berhampiran Likas Park, di sini, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.57 petang.


Katanya sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai.


"Berlaku pokok tumbang menghempap sebuah van jenis Toyota Hiace.


"Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.


"Mangsa, seorang lelaki berusia 31 tahun

dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.


"Pasukan Bomba bertindak memotong pokok menggunakan gergaji berantai seterusnya dialihkan ke tempat yang selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi bomba ditamatkan jam 8.35 malam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page