Polis Cari Ang Yue Suein
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

9 Mac 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah dalam kenyataan media di laman sosial facebook menegaskan, lelaki dikenali sebagai Ang Yue Suien, 46, dikehendaki bagi membantu siasatan kes di daerah Penampang.
Menurut hebahan media itu, individu terbabit beralamat terakhir di No 16 Lorong Sri Kepayan 16, Taman Sri Kepayan, 88200 Kota Kinabalu.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta talian 088-454650 atau 088-454222.
“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat di talian 017-9881932 atau dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” tegasnya.















Comments