top of page

Polis MPV Tahan Remaja Bersama Peralatan Pecah Rumah

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

23 November 2025


TAWAU: Polis Unit Kereta Peronda (MPV) menahan seorang remaja lelaki warga asing selepas dikesan berkeliaran menaiki basikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan Jalan Kuhara, semalam.


Remaja berusia lingkungan 18 tahun itu dicekup orang awam di hadapan sebuah bengkel servis penghawa dingin kenderaan.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima makluman kira-kira jam 9.40 malam sebelum sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) tiba di lokasi kejadian.

ree

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja berusia lingkungan 18 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.


“Pemeriksaan lanjut terhadap beg merah yang dibawa suspek menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, antara peralatan yang berjaya dirampas termasuk tukul, pelayar, spanar, gunting, pemutar skru serta guni berisi wayar elektronik.


Katanya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.


“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus menyalurkan maklumat jika melihat pergerakan mencurigakan bagi membantu polis mencegah jenayah di daerah ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page