Polis Sedia Laksana Tugas Sepanjang PRU DU Sabah
- nabalunews
- Oct 29, 2025
- 1 min read

29 Oktober 2025
KINABATANGAN: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menegaskan setiap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tanggungjawab sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah, bulan hadapan.
Menurutnya, beliau turut mengingatkan seluruh warga PDRM agar mengekalkan tahap disiplin tertinggi, sentiasa bersiap sedia serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti sepanjang tempoh pilihan raya.
“Setiap anggota perlu menampilkan imej profesional dan berpegang teguh kepada undang-undang serta SOP yang telah ditetapkan.

“Tanggungjawab kita bukan sahaja menjaga ketenteraman, tetapi memastikan rakyat dapat mengundi dalam keadaan aman dan teratur,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, Jauteh hadir mendengar taklimat dan meninjau persiapan menjelang PRU DU Sabah bagi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.
Ketibaan beliau yang disambut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D. Ravi turut berkesempatan melawat Dewan Sri Lamag, Pekan Kinabatangan untuk melihat persiapan kemudahan berkenaan.
Lawatan ini juga bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan kemudahan, susun atur logistik serta keperluan keselamatan semasa hari pengundian kelak.















Comments