top of page

Polis Siasat Penularan Berita Tidak Sahih Akaun TikTok@BerjuangUntukZara

nabalunews
Aug 16, 2025
1 min read

16 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah akaun TikTok @BerjuangUntukZara.


Akaun di laman sosial berkenaan dikesan memuat naik kandungan yang tidak tepat dan sahih berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Katanya, siasatan dijalankan berhubung kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.


“Kandungan yang dimuat naik mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak.


“Ia boleh menyebabkan kegusaran dan kegenteran awam,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


Katanya, penularan kandungan yang tidak sahih berpotensi menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan oleh pihak PDRM


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page