top of page

Politeknik Kota Kinabalu perkukuh jalinan bersama pemain industri

  • nabalunews
  • Sep 25, 2024
  • 1 min read

25 September 2024


KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu (PKK) perkukuh jalinan bersama pemain industri melalui Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Panel Penasihat Industri Program Pengajian dan Dokumen Kolaborasi Rakan Strategik.


18 panel penasihat dan 15 rakan kolaborasi telah hadir dalam majlis ini antaranya, BTC Group, Ranhill Powertron, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pulse Grande Hotel, Nabalu Marketing dan Cap Kuda Coffee Company.


Datuk Hj Ag Buhtamam Ag Mahmun dalam ucapan perasmiannya berharap dengan adanya kerjasama antara PKK dan industri-industri yang terlibat mampu

merealisasikan program dan kemajuan usaha-usaha yang telah dilaksanakan selama ini juga melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang.


“Dengan adanya kerjasama antara PKK dan industri-industri yang terlibat kita mampu merealisasikan program dan kemajuan usaha-usaha yang telah

dilaksanakan selama ini dan melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang”, tambah Ag.


Pengarah PKK, Md Nor Abdul Halim dalam majlis yang sama berkata, jalinan kerjasama serta perkongsian di antara Politeknik Kota Kinabalu dan pihak industri amat penting dalam merealisasikan hasrat dan tujuan PKK menjadi peneraju Institusi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang holistik dan mampan.


Turut hadir, Pengarah PKK, Encik Md Nor Abdul Halim, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Muhammaddin Mohd Jair dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Puan Norhashimah Jamaludin.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page