top of page

PPM harus laksana tugas dengan penuh integriti – Hajiji

  • nabalunews
  • Jan 20
  • 1 min read

20 Januari 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihatkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) agar menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan penuh integriti.


Beliau berkata, ia kerana PPM berperanan mewakili Kerajaan Negeri di kawasan masing-masing.


Menurutnya, PPM yang berkhidmat di kawasan pembangkang khususnya, memikul tanggungjawab besar untuk meraih kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


“Selain mematuhi arahan kerajaan, peranan PPM di kawasan pembangkang adalah mencabar. Kamu adalah mata dan telinga kerajaan. Laksanakanlah tugas dengan baik,” katanya selepas merasmikan majlis angkat sumpah fasa kedua bagi 35 PPM, di Menara Kinabalu, di sini hari ini.


Sebahagian besar daripada 35 PPM yang mengangkat sumpah itu terdiri daripada mereka yang akan berkhidmat di kawasan pembangkang.


Sebelum ini, seramai 45 PPM telah mengangkat sumpah jawatan pada majlis angkat sumpah pertama pada 13 Januari lalu.


“Kamu mesti menjaga imej kerajaan, jangan lakukan perkara demi kepentingan peribadi. Jika saya mendapati ada yang mengejar kepentingan sendiri dan mengabaikan rakyat, saya tidak akan teragak-agak untuk memecat mereka.


“Jangan salah gunakan kuasa tetapi berikan keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya.


Hajiji juga menegaskan semula bahawa PPM mesti menjelaskan kepada peringkat akar umbi mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian Kerajaan Negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).


Turut hadir ialah menteri-menteri kabinet dan Pengarah Unit PPM, Datuk Awang Kadin Tang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page