PPM Rampas 416 Tong Minyak Petrol
- nabalunews
- Jun 26
- 1 min read

26 Jun 2025
SEMPORNA: Cubaan penyeludup membawa keluar minyak petrol bersubsidi gagal selepas berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di perkampungan atas air Kampung Batu, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan operasi khas jam 7.14 malam itu, pasukan operasi berjaya merampas 416 tong berisi minyak petrol bersama tiga bot laju.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, sebaik serbuan dijalankan, semua minyak petrol berkenaan ditemui ditinggalkan di lokasi tanpa penjaga.

Katanya, pihaknya percaya, kehadiran pasukan penguat kuasa berjaya dihidu terlebih dahulu oleh kumpulan penyeludup.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, pasukan operasi menemui tiga bot laju dengan muatan 416 tong berisi minyak petrol.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM265,638,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“PPM Wilayah Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.


















Comments