PPM Rampas 552 Tan Makanan Sejuk Beku Tamat Tempoh
- nabalunews
- 18 minutes ago
- 1 min read

4 Mac 2026
PENAMPANG: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas lebih 552 tan makanan sejuk beku dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Kampung Nambazan, Donggongon, di sini, semalam.
Dalam operasi kira-kira jam 10 pagi itu, rampasan melibatkan pelbagai produk ayam dan daging sejuk beku yang dianggarkan bernilai keseluruhan kira-kira RM14.56 juta.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan dijalankan PPM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya, hasil siasatan awal, premis berkenaan dipercayai hanya dijadikan tempat penyimpanan produk sejuk beku.
“Pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian produk berkenaan sudah tamat tempoh selain wujud keraguan terhadap dokumen yang dikemukakan.
“Seorang lelaki tempatan yang berada di premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, turut dirampas ialah sebuah fasiliti penyimpanan sejuk beku (cold storage) yang digunakan untuk menyimpan bekalan berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Perkhidmatan Veterinar 2015 dan Akta Makanan 1983.















Comments