top of page

PPM Tahan Dua Pengedar Bersama 1Kg Syabu

  • nabalunews
  • Aug 29
  • 1 min read

ree

29 Ogos 2025


SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas satu kilogram syabu dalam operasi serbuan di Kampung Halo, di sini, semalam.


Dalam operasi jam 6.40 petang itu, dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah turut berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat risikan, pihaknya menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjadi sarang pengedar dan penagih dadah.

ree

Katanya, hasil serbuan berjaya merampas beberapa dadah jenis syabu sebanyak 1,019 gram yang disimpan di dalam rumah berkenaan.


“Pasukan operasi turut berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 46 hingga 58 tahun yang disyaki pengedar dadah berkenaan.


“Semua dadah yang berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM70,000 berdasarkan harga pasaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan memgikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sehubungan itu, Mohd Nazri menyatakan, pihak PPM sentiasa mengalu-alukan maklumat dan kerjasama daripada seluruh komuniti orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.


Katanya, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page