PPS perlu diwujudkan di Mukim Ansip: Ellron
- nabalunews
- 1 day ago
- 2 min read

4 Mei 2025
SOOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin mencadangkan agar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diwujudkan di Mukim Ansip dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook.
Katanya, ia berikutan kekerapan berlakunya kejadian banjir di Mukim Ansip.
Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perkara itu akan beliau disuarakan dalam sidang DUN akan datang agar pihak berkenaan dapat mempertimbangkan peruntukan pembinaan PPS berkenaan.

“Ia bagi memudahkan penduduk terjejas banjir di Sook mendapat penempatan yang lebih selesa.
"Apabila melihat kekerapan banjir di kawasan yang kita lawati ada keperluan untuk membina satu PPS, kita akan berusaha untuk berbincang dan memohon dengan kerajaan supaya satu PPS dibina di di Mukim Ansip" katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua Keningau, kelmarin.
Tambahnya, PPS yang tetap wajar diwujudkan di kawasan ini kerana tempat-tempat yang dijadikan PSS di kawasan ini kadang-kadang tidak boleh digunakan jika ada aktiviti mereka sendiri.
Pada Jumaat sebanyak sepuluh buah kampung di daerah ini dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak petang Khamis.
Kampung-kampung yang terlibat adalah Dalit stesen, Kuala Puntih, Mempulut, Ansip Laut, Pegalungan Ansip, Biah Skim 2, Linsuk, Masusun, Kuala Agiing dan Namadan Baru.
Pengerusi JPBD Sook Caroline Benjamin Jiungan berkata, susulan banjir yang berlaku di daerah ini sejak pagi Jumaat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) membuka lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat petang Sabtu.
Caroline yang juga Pegawai Daerah Sook memberitahu, PPS yang awal dibuka adalah Balai Raya Kampung Molosok Dalit diikuti Dewan Kampung Molosok, Dewan SK Pekan Keningau II, Dewan Kampung Ansip Tengah, Dewan Datuk Ellron Angin Kampung Biah Tengah dan Dewan Masyarakat Sook yang menempatkan lebih 200 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan bilangan lebih kurang 700 orang.
Walau bagaimanapun bilang KIR dan bilanganan mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendfaran di PPS yang baharu dibuka masih dijalankan.
Comentários