PRN Sabah, UPKO perlu menang lebih banyak kerusi - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PRN Sabah, UPKO perlu menang lebih banyak kerusi - Ewon

9 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyatakan hari ini bahawa parti itu perlu memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihanraya negeri (PRN) Sabah akan datang.


Bagaimanapun, menurut beliau, jumlah kerusi dan seterusnya kemenangan calon-calon parti itu banyak bergantung kepada keberkesanan pimpinan dan pendekatan jentera di kawasan-kawasan yang ingin ditandingi.


“Kita harus pertahankan kemenangan di DUN Kadamaian dan perlu menang di kawasan yang lain. Ini bererti Parti UPKO perlu dan harus bertanding lebih kerusi dalam PRN Sabah.


“Saya ingin memberi indicator kepada semua yang ingin beraspirasi untuk menjadi calon dan mahu memenangi sokongan rakyat dalam PRN. Jadikan Kadamaian sebagai inspirasi dan motivasi.


“Kadamaian menjadi kekuatan UPKO kerana pendekatan dan kreativiti pimpinan di sana walaupun menunggu sehingga 13 tahun untuk menanam, menyubur dan menyegarkan sokongan rakyat sebelum bertanding dalam PRN,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar beliau di Konvensyen Nasional UPKO di Dewan Masyarakat Menggatal, di sini, hari ini.


Ewon turut menegaskan komitmen dan tanggungjawab beliau sebagai Presiden berkaitan penetapan kawasan yang akan ditandingi dan juga persiapan kempen pilihanraya akan datang.


Bagaimanapun, katanya keputusan pemilihan kerusi ditandingi tidak harus berasaskan kepada keinginan bertanding semata-mata, tetapi atas asas yang kuat.


“Saya tidak mahu membuat keputusan hanya berasaskan keinginan mahu bertanding semata-mata tanpa didukung dengan asas dan inti yang kuat kerana kita mahu menang, bukan untuk kalah.


“Saya akan dipandu oleh kreativiti Bahagian-Bahagian, bukan kebergantungan. Yakinkan saya supaya saya boleh bersama-sama dapat meyakinkan rakyat,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page