Produk makanan sejuk beku seludup dirampas
- nabalunews
- Mar 20
- 1 min read

20 Mac 2025
KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan produk sejuk beku membabitkan rampasan bernilai RM824,244 dalam serbuan di di daerah berasingan, semalam.
Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, bertindak atas maklumat Pasukan Unit Risik, Kompeni B, Batalion 20 PGA Beluran, pihak menyerbu sebuah kedai di Jalan Sapi Nangoh.
Katanya, hasil pemeriksaan, pasukan operasi mengesan aktiviti penyimpanan dan penjualan produk haiwan sejuk beku tanpa permit sah.

“Pemeriksaan terhadap sebuah lori mendapati berisi 146 kotak daging ayam sejuk beku yang tidak memiliki sijil import, penjualan, dan penyimpanan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang dipercayai penjaga bahan makanan itu terus ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk yang digunakan dalam kegiatan ini dianggarkan sebanyak RM228,509 merangkumi produk sejuk beku dan kenderaan lori.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 60(1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) kerana menyimpan dan menjual produk haiwan tanpa kebenaran.
“Tangkapan dan barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Veterinar Sabah untuk tindakan selanjutnya,”’katanya.
Sementara itu, serbuan kedua dijalankan di sebuah premis penyimpanan dan penjualan barangan sejuk beku di daerah Lahad Datu.

Abdul Rani berkata, hasil operasi itu, tiga individu berkaya ditahan, manakala pelbagai jenis makanan sejuk beku, peralatan, dan sebuah lori dirampas dengan nilai keseluruhan mencecah RM595,735.40.
“Kes disiasat mengikut Enakmen Haiwan Sabah 2015 serta Peraturan (3) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,”’katanya.
Comments