Program buka tagal Kg Kiau Taburi bukti semangat kebersamaan penduduk
- Wartawan Nabalu News
- Mar 7, 2024
- 1 min read

7 Mac 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KADAMAIAN: Seramai 173 orang ahli tagal daripada Kampung Kiau Taburi telah menyertai program penuaian ikan tagal di Sungai Kadamaian di kawasan kampung tersebut baru-baru ini.
Penglibatan para penduduk kampung dalam program seumpama ini menunjukkan semangat kebersamaan dan perpaduan yang masih utuh selaras dengan tema program iaitu "Bombon Misompuru Tokou".
Program ini dilancarkan oleh pengerusi bombon Kg Kiau Taburi, Dolois Sumbin, yang juga memberikan taklimat sebelum penuaian tagal.
Beliau menerangkan sempadan-sempadan kawasan tuaian, peranan sebagai ahli bombon, dan undang-undang kecil yang perlu dipatuhi oleh peserta.
Peserta juga terlibat dalam pemasangan penanda kawasan bombon atau tagal, yang merupakan tanda larangan menangkap ikan di sungai. Kemudian, mereka bersama-sama menuai ikan dan membahagikannya kepada semua ahli yang hadir.
Objektif program ini ialah untuk memulihara hidupan sungai dan juga mengekalkan perpaduan dan mengeratkan silahturahim serta masa berkumpul kepada penduduk yang di perantauan yang sempat balik dan hadir.
Comments