top of page

Program I Care Kadamaian bantu dua penduduk di Kg. Purak Ogis dan Kg. Tambatuon

  • nabalunews
  • Nov 23, 2024
  • 1 min read



23 November 2024


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian dan Kelab Kebajikan Kadamaian Kota Belud meneruskan inisiatif membantu komuniti setempat yang mengalami masalah kesihatan menerusi penyerahan Katil Boleh Laras dan Alat Bantu Pendengaran kepada dua penduduk di Kampung Purak Ogis dan Kampung Tambatuon dalam Program I Care Kadamaian (Saya Peduli Kadamaian) pada Jumaat.


Dalam program ini, alat bantu pendengaran dan katil boleh laras diserahkan kepada Kasimin Bakait manakala katil boleh laras disampaikan kepada Kindamo Simpalud.


Program ini adalah sebahagian daripada usaha ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dengan kerjasama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kualiti hidup warga yang memerlukan, khususnya mereka yang menghadapi kesukaran pergerakan dan masalah pendengaran.


Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan Ahli Kelab Kebajikan Kadamaian serta warga Kadamaian mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat yang telah menyokong dan bekerjasama dalam menjayakan program ini.


"Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga penerima dan memberikan impak positif kepada kehidupan mereka.


"Teruskan menyokong Program I Care Kadamaian agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Bersama-sama kita dapat mencipta perubahan yang lebih baik untuk masyarakat," kata wakil Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan Ahli Kelab Kebajikan Kadamaian serta warga Kadamaian yang ditemui Nabalu News.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page