top of page
  • Wartawan Nabalu News

Program 'Kembali Ke Sekolah' diperhebat, 1,500 penerima di Tambun dapat manfaat

29 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memperhebat bantuan 'Back to School' bagi membantu rakyat, khususnya dalam menampung keperluan persekolahan.


Baru-baru ini, Setiausaha Politik beliau, Kamil Munim, telah menyampaikam sumbangan ‘Back to School’ Parlimen Tambun yang mana 1,500 penerima telah mendapat manfaat.


"Alhamdulillah, program ini diharap dapat membantu menampung keperluan membeli barangan persekolahan menjelang pembukaan sesi baharu sekolah tidak lama lagi," kata Perdana Menteri.


Tambah beliau, "Bantuan seperti ini akan terus diperhebat untuk rakyat keseluruhannya, Insya-Allah."


Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyokong pendidikan dan meringankan beban kewangan keluarga menjelang pembukaan sesi baharu sekolah.

コメント


bottom of page