top of page

Program Minggu Pertama Persekolahan Wujud Suasana Ceria di SK Kaung, Kota Belud

nabalunews
Jan 17
1 min read

16 Januari 2026


KOTA BELUD: Program Minggu Pertama Persekolahan yang berlangsung dari 12 hingga 16 Januari 2026 (Isnin hingga Jumaat) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud telah berjaya mewujudkan suasana pembukaan sekolah yang ceria, selamat dan bermakna.


Program ini melibatkan penyertaan seramai 15 orang guru dan 66 orang murid, dengan sasaran utama terdiri daripada guru, murid, staf serta ibu bapa. Pelaksanaan program ini bertujuan memastikan murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dalam suasana yang menyeronokkan dan terancang.


Menurut pihak sekolah, antara objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan hubungan yang baik dan harmoni dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa sejak hari pertama persekolahan. Melalui pelbagai aktiviti berinformasi dan berunsur pendidikan, murid didedahkan kepada nilai-nilai murni, disiplin serta semangat kerjasama yang menjadi asas penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Konsep pelaksanaan Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah ini menekankan pendekatan yang mampu memupuk komunikasi berkesan antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga serta komuniti setempat. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, malah menggalakkan penglibatan aktif ibu bapa dalam menyokong perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada pemupukan perpaduan dalam kalangan murid yang datang daripada pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi. Melalui pengisian yang tersusun dan berfokus, SK Kaung berharap suasana positif yang dibina sepanjang minggu pertama persekolahan ini dapat diteruskan sepanjang tahun, sekali gus menyokong pembentukan sahsiah murid yang seimbang dan berdaya saing.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page