Program PANTAS: 380 geran tanah diserahkan kepada penduduk di DUN Pintasan
4 Jun 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan di Sabah akhirnya menerima 380 geran tanah setelah menantikan lebih dari 40 tahun.
Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dimulakan pada 2011 berjaya menyelesaikan masalah kelewatan penyukatan tanah dan memberikan hak kepada ribuan penduduk.
Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, kerajaan negeri akan terus melanjutkan Program PANTAS dan memastikan pengukuran tanah adat negeri (NCR) dilakukan di seluruh Sabah.
"Kerajaan negeri akan meneruskan Program PANTAS dan telah meminta Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur supaya Program ini diteruskan di seluruh Sabah.
“Mana-mana rakyat menunggu lama yang belum dapat geran tanah kita mesti ukur untuk pastikan rakyat mendapat hak mereka.”
ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan, juga menegaskan bahawa pemberian geran tanah ini bukan sekadar janji kosong menjelang pilihan raya.
“Isu-isu tanah ini hanya akan timbul bila dekat-dekat pilihan raya, tapi kali ini waktu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kita buat perkara lain daripada yang lain. Walaupun mengambil masa yang begitu panjang hampir 3 tahun, hari ini bukan gula-gula politik bukan gimik semata-mata buktinya kita serahkan geran yang betul kepada mereka.”
Comments