top of page

Program Santai Desa Komburongoon Pinolobuh Eratkan Hubungan Komuniti

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

ree

4 September 2025


KOTA BELUD: Program Santai dan Ramah Mesra anjuran Persatuan Desa Komburongoon Pinolobuh telah berlangsung dengan jayanya hari ini, disempurnakan oleh Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, Jolyhame Saran yang hadir mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian,Datuk Ewon Benedick.


Pengerusi Penganjur, Juan Sonny Sidin, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jolyhame atas kehadiran serta menyampaikan ucapan terima kasih atas sumbangan daripada Ewon yang memungkinkan penganjuran program ini. Beliau menegaskan bahawa program seumpama ini menjadi wadah penting dalam mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk desa.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pinolobuh, Jalni Mison, turut menzahirkan tahniah kepada penduduk Desa Komburongoon atas kesatuan dan komitmen yang ditunjukkan dalam menjayakan program tersebut. Menurut beliau, perpaduan yang utuh merupakan asas kepada pembangunan komuniti yang lebih mampan.

ree

Jolyhame dalam ucapannya, menegaskan bahawa kepimpinan ADUN Kadamaian sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat. Beliau menjelaskan bahawa Ewon amat prihatin terhadap keperluan masyarakat, merangkumi aspek pembangunan infrastruktur, kebajikan, pendidikan serta peningkatan sosioekonomi.


“Ewon sentiasa berusaha memastikan setiap lapisan masyarakat Kadamaian mendapat perhatian sewajarnya agar tidak ada yang ketinggalan daripada arus pembangunan,” ujar beliau.


Program ini turut berperanan sebagai jambatan antara pemimpin dan masyarakat, di samping memperkukuh hubungan erat yang telah terjalin. Kehadiran pemimpin dalam program sebegini membuktikan komitmen berterusan untuk mendengar suara rakyat serta memastikan setiap keperluan komuniti diberi perhatian.


Dengan kejayaan penganjuran program kali ini, pihak penganjur optimis bahawa ia dapat dijadikan sebagai model untuk penganjuran program akan datang, seterusnya menyemarakkan lagi semangat perpaduan serta memupuk keharmonian dalam kalangan penduduk Kampung Komburongoon Pinolobuh.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page