top of page

Program Santai Futsal UPKO Sepanggar Merapatkan Silaturahim Bersama Rakyat

  • nabalunews
  • Sep 21
  • 1 min read

ree

21 September 2025


KOTA KINABALU: Program Santai Futsal anjuran Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Sepanggar yang berlangsung di Kampung Darau, di sini, hari ini, meraih suasana kebersamaan penuh mesra dan harmoni.


Program berbentuk santai itu bukan saja menjadi wadah kepada para belia dan penduduk setempat untuk bersukan, tetapi turut berperanan sebagai jambatan mengeratkan hubungan silaturahim antara UPKO dan akar umbi.


Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook berkata, penganjuran aktiviti sukan seperti futsal membawa banyak manfaat kepada masyarakat kerana ia menggalakkan gaya hidup sihat, membina disiplin diri serta mengukuhkan semangat kebersamaan.

ree

“Dalam aktiviti rakyat seperti ini, kemenangan bukan tujuan utama, sebaliknya kita mahu memupuk nilai kesukanan, kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan sesama komuniti.


“Inilah semangat yang kita ingin suburkan melalui penganjuran program santai futsal ini,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan, hari ini.


Wong berkata, UPKO Sepanggar sentiasa komited untuk menyantuni akar umbi melalui pendekatan mesra rakyat.

ree

Katanya, sukan merupakan medium yang paling mudah dan berkesan untuk menghubungkan masyarakat dengan pemimpin, selain membina semangat persaudaraan yang lebih kukuh.


“UPKO mahu belia dan penduduk di kawasan Sepanggar merasakan bahawa parti ini sentiasa dekat dengan mereka.


“Melalui program sebegini, kita bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat tetapi juga membuktikan komitmen dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page