Program Santuni Peniaga: IPD Kota Marudu Giat Sebar Kesedaran Keselamatan
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

13 Februari 2026
KOTA MARUDU: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah mengadakan program mendekati peniaga setempat melalui pengedaran risalah pencegahan jenayah di sekitar Pekan Goshen, semalam.
Program yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK), ASP Jailix Amindang bersama anggota BPJKK itu menyasarkan para peniaga di kawasan berkenaan.
Pengedaran risalah tersebut bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga agar sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah harta benda mahupun jenayah siber.

Dalam pada itu, selaras dengan usaha memperkasakan perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan tindak balas Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemudahan Kod QR Aduan turut disediakan di Bank Simpanan Nasional (BSN). Inisiatif ini memudahkan orang awam untuk menyalurkan sebarang aduan, maklum balas atau cadangan secara terus dan pantas.

PDRM IPD Kota Marudu akan terus komited melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah secara berterusan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.


















Comments