top of page

Program sumbangan kebajikan penduduk Kadamaian diteruskan sehingga kini

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 15, 2022
  • 1 min read

ree
Wakil Ewon menyampaikan sumbangan kebajikan kepada penduduk kampung..

15 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Program sumbangan kebajikan yang diperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick khusus untuk setiap kelahiran dan sumbangan takziah bagi penduduk di DUN Kadamaian diteruskan sehingga kini.


Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Dr.Rizoh Bosorang berkata, sejak program itu dimulakan pada Jun 2018 sehingga Julai 2020, sejumlah RM136,600 peruntukan telah dibelanjakan untuk tujuan itu.


“Berdasarkan laporan rekod touch point Adun Kadamaian bagi tahun berakhir 2021, sebanyak RM14,900 peruntukan telah disumbangkan bagi program itu untuk 76 penerima.


“Kami mewakili Datuk Ewon untuk menyampaikan sumbangan sentuhan kasih Adun Kadamaian untuk setiap kelahiran, pesakit yang menghidap penyakit kronik dan sumbangan takziah kepada penduduk Kadamaian,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Baru-baru ini sumbangan tersebut disampaikan kepada penduduk di Kampung Lahanas, Kampung Gensurai dan Kg.Narinang bagi meringankan bebanan keluara yang terlibat.


Dr.Rizoh berkata, penerima sumbangan kebajikan (kelahiran, takziah) berterima kasih kepada Datuk Ewon atas keprihatinannya memenuhi keperluan masyarakat Kadamaian.


“Setiap kali kami menyampaikan sumbangan kebajikan Adun Kadamaian, para penerima amat terharu dan kagum dengan wakil rakyat Kadamaian kerana walaupun peruntukan agak terhad pada masa ini kerana berada di luar kerajaan namun beliau masih dapat memenuhi atau melaksanakan keperluan-keperluan rakyat Kadamaian,” katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page