top of page
nabalunews

Program Trim & Fit tingkat kecergasan warga IPD Kota Kinabalu


27 September 2024


KOTA KINABALU: Program Trim & Fit anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu terus mendapat sambutan dengan penyertaan 188 pegawai dan kakitangan, bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal seluruh warga polis.


Aktiviti yang berlangsung di Dataran Kinabalu ini dianjurkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dan melibatkan semua bahagian serta balai polis dalam daerah tersebut.


Seramai 25 pegawai kanan polis, 145 pegawai rendah polis, dan 18 pegawai awam menyertai senamrobik dan larian sebagai sebahagian daripada aktiviti kesihatan.


Program ini akan dijalankan dua kali sebulan, merangkumi pelbagai aktiviti seperti hiking dan berbasikal di sekitar Kota Kinabalu.


Program ini selaras dengan Dasar Trim & Fit Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang menekankan pentingnya menjaga kecergasan fizikal bagi memastikan keberkesanan dalam melaksanakan tugas harian.


Menurut kenyataan IPD Kota Kinabalu, budaya hidup sihat adalah aspek penting dalam melindungi kesihatan warga PDRM serta memperkukuhkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Comments


bottom of page