top of page

PRU Sabah: Beberapa jalan utama di Kota Belud ditutup esok

  • nabalunews
  • Nov 28, 2025
  • 1 min read

28 November 2025


KOTA BELUD: Polis Daerah Kota Belud akan menutup dan melencongkan beberapa laluan utama esok bagi memastikan kelancaran proses pengundian sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 di Dewan Masyarakat Tun Said Bin Keruak.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, penutupan jalan akan bermula seawal 6 pagi dan berterusan sehingga proses pengundian selesai.


“Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Usia (Jalan simpang masuk ke Dewan Masyarakat Tun Said), Bulatan Aloi (Jalan simpang masuk ke Tokong), serta jalan simpang masuk ke bazar,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kawasan yang terlibat.


Dalam masa sama, Shahrudin turut memohon kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan pegawai polis bertugas demi memastikan kelancaran trafik sepanjang hari pengundian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page