top of page
  • Wartawan Nabalu News

PRU15: Pilih Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri terbaik

Ewon dan Anwar pada majlis itu.

23 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) amat penting untuk memilih Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri.


Sehubungan itu katanya, rakyat harus bijak memilih calon terbaik perdana menteri yang bebas rasuah.


“Pilihan raya umum ini bukan hanya untuk kita memilih siapa wakil rakyat Parlimen di kawasan kita tetapi lebih penting daripada itu, memilih siapa Kerajaan Persekutuan dan yang lebih besar lagi  siapa perdana menteri Malaysia.

“Bagi Pakatan Harapan (PH), kita mempunyai seorang calon perdana menteri  iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu parti yang berbilang kaum dan pengerusi kepada gabungan parti berbilang kaum,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Harapan Sabah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan La Salle Tanjung Aru, di sini, malam tadi.


Ewon yang juga Naib Presiden UPKO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, parti-parti lain juga mempunyai calon perdana menteri sendiri namun ada diantara mereka mempunyai kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.


“Satu lagi calon perdana menteri daripada gabungan yang lain pernah menjadi perdana menteri sebelum ini tetapi gagal menguruskan negara kita sepanjang pandemik Covid.  Misalnya, kita di Sabah adalah negeri yang terkebelakang dalam program pemvaksinan dan yang terakhir menerima bekalan vaksin.


“Kita mesti tolak calon (perdana menteri) yang pernah diberi peluang menjadi perdana menteri dua kali. Kita mahu calon perdana menteri yang belum pernah menjadi perdana menteri tapi dinobatkan sebagai menteri kewangan terbaik di Asia,” katanya.

Comments


bottom of page