Pusat Khidmat Adun Kadamaian aktif salur sumbangan kepada penduduk kampung
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pusat Khidmat Adun Kadamaian aktif salur sumbangan kepada penduduk kampung


Anichlose (dua dari kanan) mewakili Ewon menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pinolobuh, baru-baru ini.

6 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Adun Kadamaian aktif menyalurkan sumbangan kepada penduduk kawasan itu yang memerlukan bantuan termasuk yang dikuarantin, mangsa banjir dan kebakaran.


Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Anichlose Kasimin berkata, mereka telah menyalurkan sebanyak 750 bakul makanan kepada golongan yang memerlukan sejak Januari lalu.



“Kami mengagih-agihkan bantuan bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) yang sedang menjalani kuarantin di rumah akibat Covid-19 dan juga keluarga yang mengalami kesukaran akibat bencana termasuk mangsa kebakaran.


“Terima kasih kepada Pengerusi-pengerusi JPKK, mantan-mantan pengerusi MPKK dan Ketua Kampung serta ketua-ketua Cawangan UPKO yang sentiasa prihatin dan sama-sama memainkan peranan membantu menyalurkan maklumat kepada pihak kami,” katanya.


Bantuan bakul makanan yang diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang dikuarantin di rumah.

Anichlose turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas keprihatinan berterusan beliau menyediakan peruntukan untuk penduduk kampung yang memerlukan.



bottom of page