Pusat Khidmat Adun Kadamaian bekerjasama semua pihak laksana program kemasyarakatan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pusat Khidmat Adun Kadamaian bekerjasama semua pihak laksana program kemasyarakatan



10 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Adun Kadamaian akan terus berkerjasama dengan semua jabatan dan agensi kerajaan serta komuniti untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan di kawasan Kadamaian.


Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Anichlose Kesimin berkata, kerjasama itu penting bagi melancarkan pelaksanaan sesuatu program demi kebaikan dan kemajuan bersama.


“Pada tahun ini, Pusat Khidmat Adun Kadamaian bekerjasama dengan Jabatan Penjara untuk Program Khidmat Komuniti Gotong-Royong Bersama Masyarakat di Masjid Al-Ikhwan Kg.Rajunah, Kota Belud,” katanya.


Sebagai sokongan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan untuk menjayakan program itu.


Sumbangan itu disampaikan oleh Anichlose kepada Inspektor Alexander dari Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Kota Belud bagi pihak Jabatan Penjara Sabah.


Program gotong-royong menaiktaraf kawasan masjid itu bermula hari ini.





bottom of page