Radius Pencarian Kakitangan SE Diperluaskan
- nabalunews
- Sep 17
- 1 min read

17 September 2025
KENINGAU: Operasi pencarian kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd yang dihanyutkan arus deras di Kampung Nuntunan Apin-Apin, diperluaskan pihak berkuasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pencari diperluaskan sehingga lingkungan lima kilometer ke arah hilir sungai.
Selain itu katanya, pencarian turut meliputi sehingga 1.5 kilometer ke hulu sungai sehingga ke kawasan Quarry Mili Hasil, Kampung Kadalakan, di sini.

Katanya, operasi pencarian berdepan kesukaran disebabkan bot aluminium tidak dapat melalui beberapa lokasi berikutan keadaan sungai cetek dan berbatu.
“Selain itu, pasukan bomba turut membuat pencarian di kawasan tepi sungai dengan berjalan kaki serta menggunakan kenderaan pacuan empat roda di beberapa lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi, mangsa berusia 30-an dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi jambatan yang dilanda banjir
Difahamkan, mangsa bersama dua rakan sekerjanya sebelum itu melakukan kerja-kerja di pencawang berhampiran jambatan gantung.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan pasukan bomba dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung.


















Bloodmoney is more than a simple clicker game; it's a test of will. Even though you only have $25,000 left to live, the possibilities are dire, but you get $1 for each click. How far will you go if feathers appear safe but shears cut deeper?