top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ramkarpal: Kemenangan PN di PRN tidak akan tukar kerajaan Pusat


8 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


GEORGE TOWN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, menafikan kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bahawa kerajaan Pusat mungkin bertukar sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.


Beliau berkata, sekiranya kemenangan gabungan pembangkang itu di enam negeri pada PRN ini tidak akan memberi kesan kepada kedudukan kerajaan Pusat kerana semua Ahli Parlimen terikat dengan undang-undang Akta Lompat Parti.


"Di bawah undang-undang Akta Lompat Parti itu, mana-mana Ahli Parlimen tidak boleh lompat parti secara individu kerana undang-undang tersebut telah berkuat kuasa di peringkat persekutuan walaupun ada beberapa negeri belum melaksanakannya," katanya kepada Bernama pada Isnin.


Beliau menjelaskan bahawa kenyataan Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Pengerusi PN, semalam, bahawa terdapat proses undang-undang yang membolehkan pertukaran kerajaan di peringkat Pusat berlaku sekiranya PN menang pada PRN ini walaupun terdapat Akta Lompat Parti adalah tidak betul dan mengelirukan.





Comments


bottom of page