top of page

RASUAH: BEKAS SETIAUSAHA POLITIK BEKAS MENTERI DIDAKWA ESOK

  • nabalunews
  • Oct 14, 2020
  • 1 min read


14 OKTOBER 2020


PUTRAJAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian.


Lelaki dalam 40-an itu dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian dan menerima suapan daripada beberapa individu, menerusi beberapa transaksi.


Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, lelaki itu dikatakan bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


Dia juga dijangka didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 23 Okt atas kesalahan sama dengan beberapa pertuduhan lagi, kata sumber itu lagi.


Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.


Menurut Norazlan, tiga pegawai kanan kementerian berkenaan yang turut disiasat berkaitan kes yang sama, dijangka didakwa dalam masa terdekat. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page