Ratusan kenderaan yang terkandas akibat laluan ditenggalami air
- nabalunews
- Apr 13
- 1 min read

13 April 2025
NABAWAN: Ratusan kenderaan pelbagai jenis termasuk jentera berat terkandas dalam perjalanan Keningau - Tawau berikutan dua laluan berhampiran Kampung Pandiwan Nabawan ditenggalami air, kelmarin.
Limpahan air sedalam lebih kurang tiga meter itu tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan sehingga jam 5.00 petang, Sabtu.
Pegawai Daerah Nabawan Ts Marshal Anthony @ Idham berkata, limpahan air di laluan berkenaan berlaku susulan daripada banjir yang melanda daerah ini sejak Khamis lalu.

Selain itu katanya, jumlah kampung yang dilanda banjir meningkat kepada 30 buah kampung setakat jam 5.30 Sabtu berbanding yang 19 buah kampung yang direkodkan pada pada Jumaat.
“Turut terputus hubungan adalah tiga buah kampung iaitu Kampung Pamuntarian, Salarom Baru dan Ulu Mosopoh berikutan beberapa laluan di jalan Pamuntarian - Ulu Mosopoh ditenggalami air,” katanya.
Marshal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Nabawan berkata demikian semasa memantau keadaan jalan yang ditenggalami air di Pandiwan petang, semalam.
Turut sama di lokasi, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PDRM, APM, KKM dan Persatuan 4 x 4 Kakai-Kakai Keningau, Santai 4 x 4 Sook, Black Fox 4 x 4 Nabawan.
Comments