Rekod terbaik di Kadamaian, pasti Ewon buat yang terbaik di Penampang
top of page
  • Janus Tioon

Rekod terbaik di Kadamaian, pasti Ewon buat yang terbaik di Penampang


Janus (kiri) bersama Ewon, pemimpin kesayangan Kadamaian.

Salam dari Kadamaian kepada Penampang, Kopisanangan om kopivosian tobpinai-tobpinai.


Slogan ‘Terus Cemerlang’ dari Kadamaian diteruskan ke Penampang. Permata Kadamaian dikongsi kepada tobpinai-tobpinai di Penampang.


Kadamaian merestui perjuangan YB Datuk Ewon Benedick yang juga anak jati Penampang iaitu ibu (Kota Belud) dan bapa (Penampang) untuk menjadi calon Parlimen di Penampang. DEB sudah buat yang terbaik di Kadamaian dan pastinya DEB juga boleh buat yang lebih baik di Penampang.


Walaupun DEB tinggal di Penampang tapi tidak pernah melalaikan tanggungjawab dan tugas di Kadamaian, jika DEB diberi peluang untuk berkhidmat di Penampang sudah pasti khidmat yang lebih baik boleh dilakukan.


Sebelum menjadi ADUN Kadamaian, DEB sudah memulakan khidmat dan tanggungjawab yang cemerlang sebagai Ketua Bahagian UPKO Kota Belud.


Dalam masa yang singkat, lebih kurang dua tahun saja sebagai ADUN (kerajaan) Kadamaian, DEB sudah berkhidmat dengan sangat cemerlang di Kadamaian. Banyak pembangunan yang dibuat dan banyak pembaikan infrastruktur yang dibaiki.


Program ekonomi seperti penambahbaikan tamu-tamu kampung, eco-pelancongan desa, rumah-rumah PPRT, pembaikan dan pembinaan jambatan gantung serta jalan-jalan kampung yang dinaik taraf dari jalan lumpur kepada jalan konkrit dan banyak lagi.


DEB adalah bakal Presiden UPKO Malaysia. Kadamaian sedar yang DEB bukan hanya pemimpin Kadamaian tetapi pemimpin Sabah.


UPKO sebagai komponen Pakatan Harapan (PH), maka DEB juga adalah pemimpin Malaysia. Terus Cemerlang dari Kadamaian ke Penampang dan seterusnya ke Sabah dan Malaysia.


UPKO progresif, tolak pemimpin rasuah, tukar Perdana Menteri (PM) dan kerajaan pusat.


Janus Tioon

Penduduk Kadamaian, Ahli UPKO

bottom of page