top of page

Risda Peruntuk RM6.76 Juta Kepada Pekebun Kecil Beaufort

  • nabalunews
  • Oct 26, 2025
  • 2 min read

26 Oktober 2025


BEAUFORT: Pekebun kecil getah di daerah Beaufort terus menikmati pelbagai manfaat pembangunan menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang memperuntukkan sebanyak RM6.76 juta bagi pelaksanaan Program Pembangunan RISDA Daerah Beaufort tahun ini.


Peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 4,793 orang pekebun kecil, meliputi dua kawasan Parlimen iaitu Beaufort dan Sipitang, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh kesejahteraan komuniti pekebun kecil luar bandar.


Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata,

jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada RM440 juta peruntukkan pembangunan RISDA tahun ini untuk dimanfaatkan kepada pekebun kecil di seluruh negara.


Katanya, daripada jumlah itu, RISDA Negeri Sabah menerima RM44.42 juta yang memberi manfaat kepada seramai 30,228 pekebun kecil di negeri ini.


“Untuk RMK12, kita mensasarkan 20,000 hektar yang mana kita fokuskan di Sabah serta juga Sarawak dan peruntukkan diberi kepada pekebun kecil untuk tanam semula bagi meningkatkan pengeluaran getah.


“Contohnya untuk Sabah tahun ini saja kita memperuntukkan RM44.42 juta untuk membangunkan pekebun-pekebun kecil Sabah dalam kapasiti jumlah dia 30,000 pekebun kecil keseluruhannya.


“Dan untuk Beaufort saja kita telah pun mengagihkan RM6.76 juta untuk 4,793 orang pekebun kecil getah dalam usaha kita memastikan tanaman getah ini bukan sahaja ditanam semula tetapi ditingkatkan pengeluarannya dari semasa ke semasa,”katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Peringkat RISDA Negeri Sabah di Kolej Vokasional Beaufort, di sini, pada Ahad.


Rubiah berkata, semua usaha ini adalah komitmen kerajaan dalam memastikan golongan pekebun kecil terus diberdaya melalui pelbagai inisiatif yang bersifat inklusif dan berimpak tinggi.


Katanya, pelaksanaan pelbagai program di bawah RISDA bukan sahaja meningkatkan pendapatan pekebun kecil, malah memperkukuh ekonomi luar bandar sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperkasakan sektor agrikomoditi negara.


“RISDA secara keseluruhan kita memberi orang kata, kita sentiasa berusaha untuk mempastikan tanaman getah ini menjadi komoditi utama.


“Sekarang kita dah jadi ke-6, sebagai ke-6 ke-7 pengeluar getah dalam dunia, dulu kita pernah jadi pengeluar utama, jadi kita dalam usaha meningkatkan kapasiti berkenaan.


“Memandang namun begitu disebabkan oleh kekangan beberapa isu contohnya harga getah telah menyebabkan orang kata, minat pekebun-pekebun kecil di kawasan pendesaan agak kekurangan,” katanya.


Menurutnya, jumlah itu bagaimanapun meningkat dalam tempoh 2 hingga 3 tahun yang lalu dari sudut penanaman getah dan juga pemuliharaan getah dalam negara kita.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page