top of page

RM1.66 Bilion untuk 90 projek pembangunan di Labuan

  • nabalunews
  • Dec 9, 2024
  • 1 min read

9 Disember 2024


LABUAN : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.66 bilion bagi pelaksanaan 90 program dan projek pembangunan di bawah Rolling Plan 5 Tahun 2025, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Wilayah Persekutuan Labuan.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, kesemua projek itu melibatkan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan.


Katanya 22 adalah program dan projek baharu, manakala 68 merupakan program dan projek sambungan, lapor Berita RTM.


Dr. Zaleha menjawab soalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Tan Sri Anifah Aman di Dewan Negara baru-baru ini mengenai peruntukan projek pembangunan di Labuan selain yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.


Dua peruntukan utama diumumkan Perdana Menteri menerusi Belanjawan MADANI 2025 untuk Labuan.


Ia termasuk memasang 180 unit kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi dan 45 butang panik di Putrajaya dan Labuan, bernilai RM11 juta.


Inisiatif itu bertujuan membantu pihak berkuasa tempatan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan awam.


Turut diumumkan, inisiatif RM 7 juta diskaun tambang feri untuk penumpang feri dan bot di Labuan, serta peningkatan kadar Bantuan Am Wilayah Persekutuan kepada RM150 sebulan dengan had maksimum RM500 sekeluarga.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page