top of page

Rowindy Lawrence menang tanpa tanding Ketua Cawangan UPKO Kota Kinabalu

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 31, 2022
  • 2 min read

Rowindy (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama barisan kepimpinan baharu UPKO Cawangan Kota Kinabalu.

31 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Malaysia Rowindy Lawrence menang tanpa tanding jawatan Ketua Cawangan UPKO Kota Kinabalu.


Beliau yang juga Setiausaha Wanita UPKO Pusat yang menjadi ahli parti itu sejak 2010 dan giat dalam bidang politik sejak lima tahun lalu berterima kasih kepada semua ahli yang memberikan sokongan dan terus setia bersama UPKO.


Cawangan Kota Kinabalu tidak aktif selama beberapa tahun kerana ketua cawangan meletakkan jawatan. Oleh itu Rowindy diberikan mandat untuk mengaktifkan semula cawangan itu oleh ketua bahagian memandangkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam mengaktifkan Pergerakan Wanita UPKO Kota Kinabalu.


ree

Rowindy berkata, UPKO Cawangan Kota Kinabalu mula aktif pada Mei lalu dan kini giat menambah keahlian sedia ada.


“Ahli jawankuasa kali ini diterajui oleh pemuda pemudi dari pelbagai latar belakang pekerjaan, kaum dan agama,” katanya, selepas mesyuarat itu di Lintas Platinum Hotel, di sini, semalam.


Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu Dennison R Indang.

Turur hadir Timbalan Ketua Bahagian Petrus Jikuin, Ketua Pemuda Rizal Mahatin, Setiausaha Bahagian Patrick Epin, Ketua SPR Pusat Datuk William Sampil, Setiausaha Executive Pusat Jairaiaz Joseph, ahli jawatankuasa bahagian dan ahli-ahli UPKO.


ree

UPKO Bahagian Kota Kinabalu mempunyai lima cawangan iaitu Kota Kinabalu, Kolam Damai, Kopungit, Sunny Garden dan Matabian akan mengadakan mesyuarat agung tri-tahunan Bahagian pada 11 September ini.


Barisan kepimpinan baharu UPKO Cawangan Kota Kinabalu bagi sesi 2022-2025:


Pengerusi Tetap:

Mohammad Romzee Surba


Tim. Pengerusi Tetap:

Joan Bin Laurence


Ketua Cawangan:

Rowindy Lawrence Odong


Timbalan Ketua Cawangan:

Frenddymex John


Naib Ketua (Pemuda):

Mohd Riduan Bin Mahatin


Naib Ketua (Wanita):

Rowinda Lawrence Odong


Setiausaha:

Katherine @Nurfarisha Fatima Joseph


Penolong Setiausaha:

Dina Marlinda Binti Murni


Bendahari:

Wedylin Patin


Penolong Bendahari:

Faisal Bin Sison


Pegawai Penerangan:

Georgie Jr Bin Jomoh

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page