top of page
nabalunews

Rowindy menyokong Program Sumimbu Om Mamanau Sumatie Bauvan, Membakut

19 Oktober 2024


KIMANIS: Program Gereja St. Yohanes Pembaptis Bawan, Membakut yang dikenali "Sumimbu Om Mamanau Sumairie Bauvan" mendapat sokongan Ahli Majlis Tertinggi Eksekutif Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Rowindy Lawrence yang menyampaikan sumbangan beras kepada pihak gereja untuk menjayakan program berkenaan.


Pengerusi dan Pengerusi Belia Komuniti Kristian Dasar (KKD) serta seluruh umat Gereja St. Yohanes Pembaptis Bawan, Membakut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Rowindy atas kesudian beliau menyumbangkan beras untuk menjayakan program gereja ini.


Bagi mereka, dalam suasana persaudaraan dan semangat bekerjasama, sumbangan ini mencerminkan kebaikan dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Bagi pemimpin dan umat Gereja St. Yohanes Pembaptis Bawan, Membakut, keikhlasan Rowindy yang juga Setiausaha Penganjur UPKO Malaysia untuk menyumbang adalah contoh teladan yang sepatutnya dihargai dan diikuti oleh kita semua.


Sebagai tanda penghargaan, pemimpin dan umat Gereja St. Yohanes Pembaptis Bawan, menyediakan pantun ini:


Petang hari bersama rakan,

Duduk bersama di atas tangga,

Terima kasih kami ucapkan,

Nama yang baik dikenang juga.


Pantun ini melambangkan penghargaan dan penghormatan tinggi mereka terhadap kemurahan hati Rowindy.


Semoga kebaikan ini terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada semua.


Sebelum itu, Rowindy yang diwakili oleh Winnie Lampan turut menyampaikan sumbangan hadiah utama berupa Freezer dan barangan elektrik lain kepada komuniti Kampung Poring Membakut yang mengadakan Program Hari Keluarga di kampung tersebut.

Kommentare


bottom of page