top of page

Rubin kesal Shafie ucap 'Kalau Kafir Murut'

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

Rubin Balang
Rubin Balang

9 September 2025


TENOM: Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS), Datuk Rubin Balang berasa kesal dengan kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menimbulkan kontroversi dan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Murut di negeri ini.


Katanya, beliau menerima laporan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan Murut di Sabah yang kesal dengan ucapan Presiden Warisan Sabah dalam satu program parti di Kalang, Melalap baru-baru ini yang mengatakan 'Kalau Kafir Murut' amatlah menyentuh sensiviti masyarakat Murut.


"Perkataan 'Kafir' kepada masyarakat Murut sangatlah sensitif dan jika diamati ia adalah satu bentuk penghinaan kepada etnik Murut secara keseluruhannya.


"Ucapan tersebut tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang pemimpin politik yang telah lama memahami kepelbagaian budaya dan agama masyarakat di Sabah malah pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.


"Penggunaan perkataan yang agak keterlaluan ini telah pun menyinggung banyak pihak terutamanya masyarakat Murut yang juga terdiri daripada agama Islam dan Kristian kerana boleh menimbulkan kebencian dan menghina martabat sesuatu bangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Katanya, di Sabah dan Sarawak, masyarakat hidup dalam suasana berbilang agama dan etnik.Jadi penggunaan istilah keras sebegini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian.


Tegas beliau, walaupun istilah “kafir” ada makna asal dalam agama namun usah mengeruhkan perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah yg terjalin sekian lama.


Tambahnya, menyebut sesuatu bangsa itu “kafir” boleh dianggap penghinaan dan tidak menghormati identiti sesuatu bangsa atau agama.


"Justeru, PMS turut menuntut supaya Datuk Seri Shafie Apdal memohon maaf kepada seluruh masyarakat Murut dan berhati-hati apabila mengeluarkan ucapan yang mempunyai unsur-unsur agama dan bangsa" tegasnya lagi.


Caption:



 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page