Rumah atas air Roboh di Kampung Sim-Sim
- nabalunews
- Apr 12
- 1 min read

12 April 2025
SANDAKAN: Sebuah rumah atas air tidak berpenghuni di Jambatan 1, Kampung Sim-Sim, Sandakan roboh awal pagi tadi akibat struktur tiang yang reput, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 1.57 pagi menerusi MERS999 sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 2.04 pagi dengan kekuatan enam anggota dan dua jentera.
“Komander Operasi (K/O) lapor sebuah rumah (tidak berpenghuni) atas air jenis tidak kekal berkeluasan 40x30 kaki persegi telah roboh akibat tiang rumah yang telah reput. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” menurut kenyataan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah.
Operasi diketuai oleh PBK I KUP Chauslim bin Sunsubin dan mencapai tahap terkawal pada jam 2.30 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.00 pagi.
“Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud dan operasi ditamatkan,” menurut kenyataan yang sama.
תגובות