top of page

Rumah Kebun Separuh Kekal Terbakar 60 Peratus di Jalan Poring, Ranau

  • nabalunews
  • Jul 21, 2025
  • 1 min read

21 Julai 2025


RANAU: Sebuah rumah kebun jenis separuh kekal musnah kira-kira 60 peratus dalam satu insiden kebakaran yang berlaku di Jalan Poring, berhampiran simpang Kampung Nampasan Baru, di sini pagi tadi.


Menurut Komander Operasi, PBK I Becket Gumat, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 15 kilometer pada jam 9.32 pagi.


“Komander Operasi (K/O) lapor kebakaran melibatkan sebuah rumah kebun jenis separuh kekal dengan keluasan 50x20 kaki telah terbakar 60 peratus,” katanya dalam kenyataan.


Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan menggunakan sumber air dari jentera bomba.


“Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.31 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian.


Seramai tujuh anggota BBP Ranau terlibat dalam operasi ini, dengan kekuatan dua jentera iaitu FRT dan kenderaan jenis Vigo, manakala Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut memberikan bantuan di lokasi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page