top of page

Sabah Bakal Dijadikan Pusat Darul Ifta Serantau

  • nabalunews
  • 2d
  • 1 min read

23 Januari 2026


KAHERAH: Jawatankuasa Pelaksaanaan MoU antara Kerajaan Sabah dan Darul Ifta Mesir akan diwujudkan segera bagi memastikan pelaksanaan kerjasama yang dimeterai bersama dan mengenalpasti perancangan lain dalam memperkasa kerjasama antara kedua pihak.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama menyatakan demikian selepas majlis menandatangani MoU antara beliau dengan Mufti Kerajaan Republik Arab Mesir Prof Dr Nazir Mohamad Ayyad di Pejabat Darul Ifta Kaherah.


Arifin berkata antara kerjasama strategik yang akan diberikan perhatian adalah program kursus kefatwaan mahasiswa Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Mesir.

"Kita akan mencari jalan bagaimana nanti pelajar Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Universiti al-Azhar Kaherah akan tamat pengajian mereka dengan memperoleh dua sijil iaitu ijazah bersama sijil diploma kefatwaan". Jelas Arifin.


Arifin yang juga yakin jawatan kuasa bersama itu akan dapat merealisasikan Sabah sebagai pusat bagi Darul Ifta menjalankan program penyelidikan serta latihan kefatwaan dan rujukan keilmuan Islam serantau.


Pemikiran dan aliran yang selama ini dilaksanakan di Darul Ifta Mesir sangat sesuai dengan suasana di peringkat serantau khasnya Malaysia kerana asas kukuh mereka adalah Ahlus Sunnah Waljamaah yang mengukuhkan nilai wasatiah, bertoleransi, memberikan perhatian terhadap karamah insaniah dan menolak unsur ekstrime.

Malah katanya, para mufti dan pegawai-pegawai fatwa di negeri-negeri di Malaysia dan beberapa buah negara ASEAN kebanyakannya mendapat latihan kefatwaan beberapa bulan di Darul Ifta Mesir.


Sementara itu beberapa orang pelajar Sabah di Kaherah menyambut baik MoU yang dilaksanakan yang jelas dapat memperkasakan ilmu dan kemahiran serta memberi nilai tambah bagi pengajian mereka sebagai menghadapi masyarakat kelak

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page