SABAH CATAT 109 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI (12 APRIL)SABAH CATAT 109 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI (12 APRIL)
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 109 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI (12 APRIL)



12 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 109 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,906 kes dan satu kes kematian direkodkan di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 109 kes positif COVID-19, sebanyak 49 kes (44.9%) berpunca dari saringan kontak rapat, 15 kes (13.8%) saringan bergejala, 34 kes (31.2%) dari kluster sedia ada serta 11 kes (10.1%) dari lain-lain kategori.


"Daerah Tawau terus mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 70 kes, diikuti Sandakan sebanyak lapan kes, Kota Kinabalu (tujuh kes) dan Kota Belud (lima kes).


"Kunak mencatatkan empat kes, Lahad Datu, Tuaran dan Kalabakan masing-masing tiga kes, Kinabatangan (dua kes), Nabawan, Penampang, Semporna dan Putatan masing-masing satu kes," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 68 menjadikan jumlah kumulatif 54,624 orang.


Katanya, seramai 794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 307 orang di hospital dan 487 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 47 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page